Saturday, January 4, 2014

Luahan Bunga yang hampir mati

Kisah ini bukan kisah tragis , malah bukan juga kisah romantis. Ia cerita tentang penrjanjian , kesefahaman , pengkhianatan dan kecurangan.

      Kali Pertama aku mengenalinya sewaktu sebuah activiti di jalankan di dalam dewan sekolah. Sewaktu itu pelajar baru menghabis peperisaan PMR. Saya tidak mengetahui banyak tentang dirinya melainkan wajahnya mempersonakan hati ku. Dia yang berjaya menawan perasaan ku.Sewaktu di kantin, aku melihat dia keseorangan. Lalu aku memberanikan diri dan memberi ucapan kabar kepadanya "Hai, sorang je ke? Kawan-kawan yang lain mana? Dia senyum dan mengatakan " Ada, dorang semua kat dalam dewan." Itulah cerita bagai mana aku mula berinteraksi dengannya.
     Dua minggu sudah berlalu dari perbulan pertama kami, alhamdulillah kami berkawan dan mulamengenali antara satu sama lain. Sewaktu ini pula sekolah telah merancang sebuah rombongan ke Melaka. Sewaktu disana tiada apa yang berlaku antara kami cuma kami sering ber "SMS" sewaktu perjalan pergi dan pulang. Sewaktu ketibaan masa untuk kembali ke rumah masing aku menerima SMS darinya mengatakan bahawa tiada orang yang berada dirumahnya dan rumahnya di kunci mangga. Aku mengambil keputusan untuk menemaninya. Kami berbual dan bergurau senda di sebuah stesen minyak Shell berhampiran Kg Pasir , Segambut. Pertemuaan kami hanya berlangsung selama Satu jam oleh kerana keluarganya sudah pulang di rumah. Aku pulang dengan tenang kerana dia sudah selamat berada di dalam rumahnya bersama orang-orang yang mampu melindunginya. Pada lewat malam itu sewaktu aku sedang berehat di atas katil aku menghantar sebuah kiriman padanya bahawa aku ingin menjadikannya kekasih ku. Dia ,menerimanya dan hati ku bergelora dengan perasaan keembiraan yang tak ter kira.
       Hampir Dua tahun hubungan kami terjali banyak dugaan yang kami hadapi. Makin hari makin sayang makin hari makin erat hubungan kami. Pada tanggal 30 11 2012 aku menyambut hari kelahirannya dengan membelinya sebuah kek yang tertulis namanya. Aku tenang melihat wajahnya yang gembira sewaktu ku menyambut ulang tahun hari kelahirannya itu. Dia malu-malu sewaktu aku ingin menyuap kek kepadanya tapi akhirnya dia menerima. Itu saat paling bahagia aku pernah merasa kerana dapat bermesra menyambut hari kelahiran insan yang aku sayang.
        Selepas tamatnya Perperiksaan SPM dugaan yang berat menimpa bahawa aku perlu meninggalkannya buat seketika kerana aku berkerja. Aku bekerja disebuah Taman tema di Nusanjaya, Johor. 3bulan aku disana tidak pernah sehari aku terlepas msg atau call daripadanya. Sehingga aku pulang di Kuala Lumpur semula pada bulan March. Aku sangkakan itu dugaan yang paling besar dalam hubungan kami namun aku silap kerana ada peristiwa hitam yang akan mengakhiri hubungan kami.
      Pada Bulan Ogos, 3 haribulan.. Tiba saat hari kelahiran ku, Giliran dia pula menyambut hari kelahiran ku. Kita bertmu dia sebuah pusat membeli belah Pavillion , Bukit Bintang. Dsana dia kita merai mesra bersama. Dia memberi hadiah Kotak pensil dan sebuah buku untuk ku. Aku rasa bahagia dan terharu antas pemberiannya itu.Kami bersama buat beberapa jam sebelu berpisah pulang.
      Kisah perakhiran ini bermula selepas 3hari pertemuan yang terakhir kami itu. Aku membuka sebuah laman sosial dan ternampak nama lelaki lain di halamannya. Aku sangka ia kawan sehingga aku memjumpai bukti-bukti yang tertentu. Aku menalifon beliau dan menanya adakah perhubungan mereka benar. Dengan relanya dia menyataknnya namun dia masih mencintai ku. Aku menjadi bingung dan resah. Apa sebenarnya yang berlaku antara kami. Adakah salah yang pernah aku laku kepadanya begitu besar? Berape hari aku merayu untuk dirinya namun hasilnya mengecewakan hati ku.
     Lamanya masa bersama dia tidak lagi bermakna. Segala memori yang ada ibarat wayang habis nilainya. Masa yang diambil agak lama untuk ku pulih dan tusukan duri ke jantung itu. Aku masih bingung dengan apa yang berlaku namun aku tabah dengan semua itu. Aku yakin bahawa perpisahan ini dikehendaki Allah SWT. Mungkin memang tiada jodoh antara aku dan dia.

Tujuan aku menulis ini bukan untuk memburukkan sesiapa namun aku ingin meluahkan bahawa aku sanggup melakukan apa saja buat dirinya. Namun dia begitu senang memejamkan mata dan meniggalkan ku buat selamanya. Dengan semua insan aku sanggup bertengkar asalkan dia yang benar. Kawan ,sahabat , guru dan keluarga semua ak ketepikan buat dirinya. Mungkin itu silap ku kerana terlampau menaruh harapan buatnya.

Ada banyak lagi pekara yang terjadi namun hati ku belum bersedia untuk meluahkan semuanya lagi. Dalam pekara ini banyak salah ku dan ada juga salahnya. Jikalau ada kesempatan masa aku akan meluahkannya lagi.

Buat kekasihnya kini , Aku mendoakan kamu berdua bahagia selamanya dan aku meminta kau menjaga dia semana aku sanggup mengadainyawa buat dirinya.

Buat dirinya, jangan pernah kau ulangi pederitaan yang pernah kau beri kepada ku. Aku doa kau bahagia bersama yang kau cinta. Kau yang pernah dan akan sentiasa membuat ku terasa.............. 

No comments:

Post a Comment